- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah Sassou Nguesso Kekal Presiden Republik Congo
Presiden China Xi Jinping pada Isnin menyampaikan perutusan tahniah kepada Denis Sassou Nguesso yang dipilih semula sebagai Presiden Republik Congo.
Xi berkata China dan Republik Congo terus mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik, saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama satu sama lain, serta mencapai hasil kerjasama yang memberangsangkan.
Dua negara bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai pengerusi Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) dan berperanan sebagai peneraju bagi memantapkan hubungan China-Afrika serta kerjasama Selatan-Selatan, katanya.
Beliau menzahirkan kesediaan bersinergi dengan Sassou Nguesso untuk memperkaya konotasi komuniti berkongsi nasib China-Republik Congo pada tahap tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sepanjang masa China-Afrika pada era baharu.
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Republik Congo, Denis Sassou Nguesso
- Kapal Hospital 'Peace Ark' Selesai Lawatan di Republik Congo
- 10 Tindakan Perkongsian Anjuran Xi Tunjukkan Arah Strategik untuk Tiga Tahun Akan Datang - Presiden Congo (Brazzaville)
- Xi Berbincang Bersama Presiden Republik Congo
- Xi Bertemu Presiden DRC
- Xi Ucapkan Tahniah Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik China-Republik Congo
- Utusan Khas Presiden Xi Sertai Upacara Pelantikan Presiden Congo
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Congo




