Mengapa WDO Pilih Beijing sebagai Ibu Pejabat

(CRI)Rabu 01 April 2026

Pertubuhan Data Dunia (WDO) yang ditubuhkan di Beijing pada Isnin menarik perhatian dunia.

Sebagai organisasi antarabangsa pertama yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan data dan praktik tadbir urus data, WDO kini disertai lebih 200 anggota dari lebih 40 buah negara di dunia.

Presiden Xi Jinping dalam perutusan tahniah sempena penubuhan WDO menzahirkan komitmen China untuk bersinergi dengan semua pihak bagi membina konsensus mengenai peraturan tadbir urus data, memacu inovasi teknologi pintar dan mendorong pengaliran yang selamat dan teratur serta pembangunan dan penggunaan yang cekap dalam bidang data.

Penganalisis berpendapat, pemilihan Beijing sebagai ibu pejabat WDO mencerminkan pengiktirafan pertubuhan itu terhadap pembangunan data dan taraf pengurusan China dalam bidang berkenaan.

Menurut Kumpulan Data Antarabangsa (IDG), China mempunyai 27.8 peratus daripada keseluruhan data global pada tahun 2025, menduduki tempat pertama di dunia. Sementara itu, skala ekonomi digital China kekal di tempat kedua di dunia selama beberapa tahun berturut-turut.

Sempena perhimpunan sulung WDO, China menyarankan usaha diperkasa dalam menggerakkan pengaliran dan penggunaan data secara cekap menerusi kolaborasi terbuka, mendorong pembangunan bersama melalui perkongsian inklusif dan menjaga garis asas keselamatan data melalui tadbir urus bersepadu.

Pengerusi Kumpulan 48 Britain, Jack Perry berpendapat bahawa data tiada sempadan. China sedang mencari penyelesaian bagi memastikan pembangunan ekonomi digital dapat membawa manfaat kepada semua.

Teknologi maklumat dan ekonomi digital yang berkembang rancak dewasa ini turut membawa risiko dan jurang perbezaan dalam bidang data.

Dalam senario ini, penubuhan WDO adalah tepat pada masanya dan diyakini bakal membekalkan konsep dan kedinamikan baharu untuk tadbir urus data global.

Video

Berita Berkaitan