Xi Bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi, UAE di Beijing

(CRI)Selasa 14 April 2026

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Beijing pada Selasa pagi.

Xi dalam pertemuan tersebut menyatakan bahawa UAE ialah rakan strategik komprehensif China.

Mengulas lanjut Xi berkata, China sentiasa mengutamakan hubungan dengan UAE, dan komited memperkukuh hubungan perkongsian strategik komprehensif yang stabil dan dinamik dengan UAE.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa di Asia Barat dan rantau Teluk.

Xi turut menjelaskan pendirian China dalam mendorong perdamaian dan dialog.

Beliau juga mengemukakan empat cadangan untuk memelihara keamanan di Asia Barat, iaitu berpegang kepada prinsip hidup bersama secara aman, menghormati kedaulatan negara, mematuhi undang-undang antarabangsa, dan menyelaraskan pembangunan dengan keselamatan.

Video

Berita Berkaitan