- Lain-lain
Kru Shenzhou-21 Berjaya Lakukan EVA Kali Ketiga
(CRI)Jumaat 17 April 2026

Kru kapal angkasa lepas China, Shenzhou-21 berjaya melaksanakan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) kali ketiga pada pukul 1.36 pagi Jumaat waktu Beijing,menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Tiga angkasawan iaitu Zhang Lu,Wu Fei dan Zhang Hongzhang berkoordinasi rapat dan berjaya menyelesaikan pemasangan kemudahan perlindungan serpihan di ruang angkasa, melakukan pemeriksaan kelengkapan di luar kabin dan lain-lain, dengan bantuan lengan mekanik dan sokongan pasukan saintis dari Bumi.

Angkasawan Zhang Lu dan Wu Fei yang menjalankan misi di luar kabin kemudiannya kembali ke modul eksperimen Wentian dengan selamat.
Setakat ini, Zhang Lu telah berjaya menjalankan EVA sebanyak tujuh kali, sekali gus membaharui rekod angkasawan China.
- Kru Shenzhou-21 Jayakan Pelaksanaan Tugas Kedua di Luar Kabin
- Tikus Angkasa China Selamat Lahir Anak Selepas Misi
- Kru Shenzhou-21 Selesai Misi EVA Kali Pertama
- Kru Shenzhou-21 Selesai Jalani Latihan Kecemasan Tekanan di Stesen Angkasa Lepas
- China Berjaya Lancar Shenzhou-22 ke Angkasa Lepas
- China Lancar Logo Misi Penerbangan Kapal Angkasa Shenzhou-22
- Kru Shenzhou-21 Masuk Stesen Angkasa
- China Bakal Lancar Kapal Angkasa Bermanusia Shenzhou-21 Esok
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Keempat
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Kedua
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




