China Sedia Jadi Tuan Rumah Sesi ke-83 UNESCAP

(CRI)Selasa 21 April 2026

China bersedia menjadi tuan rumah sesi ke-83 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) di Shanghai pada April 2027.

Perkara itu dinyatakan Naib Menteri Luar Ma Zhaoxu ketika berucap pada mesyuarat peringkat menteri sesi ke-82 UNESCAP di Bangkok pada Isnin.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-80 penubuhan UNESCAP.

Ma berkata China akan memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh kerjasama saling untung dengan anggota lain serta bersama-sama menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.

Video

Berita Berkaitan