Xi Seru Timba Pengalaman Yiwu, Pacu Pembangunan Berkualiti Tinggi

(CRI)Khamis 23 April 2026

Presiden China Xi Jinping menyeru supaya pengalaman pembangunan Yiwu dikaji dan diteliti dengan lebih lanjut sehingga menjadi rujukan kepada kawasan lain untuk meneroka pendekatan relevan ke arah mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi.

Beliau berkata pengalaman pembangunan Yiwu merupakan praktik berjaya dalam memajukan ekonomi peringkat kaunti berdasarkan keadaan setempat dengan memanfaatkan sumber sedia ada.

Justeru, pelbagai kawasan lain digalakkan meniru model pembangunan Yiwu dan memacu pembangunan mengikut keadaan sebenar masing-masing supaya mengintegrasikan diri dengan lebih baik ke dalam landskap pembangunan negara.

Pada masa ini, Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu di provinsi Zhejiang mempunyai entiti perniagaan sebanyak 1.26 juta. Pasaran borong komoditi itu menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 230 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan