- Lain-lain
China Antara Tunggak Landskap Inovasi Dunia
China muncul sebagai salah satu tunggak utama dalam landskap inovasi dunia, dengan momentum inovasi terus meningkat.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Isnin.
Menurut Indeks Inovasi Global 2025 disiarkan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), dengan mempunyai sebanyak 24 kluster, China menduduki tempat pertama dari segi jumlah kluster inovasi selama tiga tahun berturut-turut.
Tiga kluster China tersenarai dalam sepuluh teratas dunia, termasuk kluster Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou yang meraih tempat pertama buat kali pertama.
Lin berkata China terus mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu dan meningkatkan pelaburan dalam inovasi pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Undang-undang dan peraturan berkaitan harta intelek semakin lengkap, dan keupayaan pelbagai entiti dalam melakukan inovasi terus meningkat sehingga memberi sokongan kukuh kepada pembangunan berkualiti tinggi.
Tambah beliau, China akan meneruskan strategi pembangunan dipacu inovasi, memperkasa kerjasama antarabangsa dalam inovasi teknologi serta membolehkan lebih banyak negara berkongsi hasil inovasi dan mewujudkan kemakmuran bersama.
- China Umum Sasaran Pembangunan Bandar Berkualiti Tinggi Menjelang 2035
- Artikel Xi Mengenai Kuasa Produktif Kualiti Baharu di Jurnal Qiushi
- Manfaatkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Cipta Kehidupan Lebih Baik: Wakil NPC
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Industri Pembuatan: Wakil NPC
- Usaha China Majukan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Jadi Tumpuan
- Pembangunan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Bawa Peluang kepada Dunia
- Lima Jabatan Ekonomi dan Perdagangan Fokuskan Isu Pembangunan yang Berkualiti
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Syarikat
- Wakil NPC Bincangkan Kaedah Gerakkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu
- Xi Mahu Pembangunan Daya Produktif Baharu Dipercepat