- Lain-lain
Transformasi Ekonomi Berasaskan Sumber Perlu Ditingkatkan - Presiden Xi
Usaha hendaklah diperhebat untuk mendorong transformasi dan pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber di Shanxi, kata Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan di provinsi berkenaan pada 7 hingga 8 Julai lalu.
Xi menegaskan peri pentingnya untuk menaik taraf industri arang batu di samping memastikan jaminan bekalan arang batu untuk tujuan janakuasa elektrik.
Pada masa sama, usaha perlu ditingkatkan untuk membina pangkalan bahan mentah tenaga penting yang bertahap tinggi di China, selain membangunkan kuasa angin, penjanaan elektrik dengan kuasa fotovoltaik, dan tenaga hidrogen bagi membentuk sistem tenaga baharu.
Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri tradisional bagi membentuk sistem perindustrian moden yang mempunyai keistimewaan tempatan dan kelebihan sendiri di Shanxi.
Xi menegaskan bahawa keselamatan dan kestabilan perlu diutamakan dalam usaha mendorong transformasi dan pembangunan.
Pelbagai pihak berkenaan dikehendaki memberi tumpuan kepada pertambahan peluang pekerjaan, perkembangan perusahaan, kestabilan pasaran, selain menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan kehidupan asas penduduk yang menghadapi kesukaran.
Di samping itu, usaha menambahbaikan persekitaran gunung, sungai, udara dan bandar perlu dilakukan secara bersepadu.
Xi juga mahu pelbagai pihak berkaitan agar meningkatkan kawalan dan pencegahan penggurunan dan hakisan tanah, mendorong penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon bagi industri utama, dan menjalankan pemuliharaan ekologi di kawasan perlombongan bagi menjaga keselamatan ekologi setempat.
- Kementerian Luar: Semakin Ramai Kenali China yang Sebenar
- Pembangunan Terselaras Antara Wilayah, Kunci Kemakmuran Bersama
- Xi Mahu Pembangunan Berkualiti di Guizhou
- Pembangunan China Amat Menakjubkan - Kata Presiden Peru
- Xi Mahu Usaha Berterusan Pacu Pembangunan Berkualiti Kawasan Barat
- Sidang Tahunan Forum Pembangunan China 2024 Buka Tirai
- Ruang Pembangunan untuk Sektor Korporat Luas di China
- Xi Seru Tingkatkan Usaha Pacu Pembangunan di Kawasan Bahagian Tengah China
- Buka Lembaran Baharu dalam Pembangunan Modenisasi Ala China di Zhejiang
- Salah Pandang Pembangunan China, Bagai Katak di Bawah Tempurung: Presiden Timor-Leste