- Lain-lain
Nilai 'Rasa Selamat Ala China' Menyerlah

Ungkapan 'rasa selamat ala China' menjadi tular selepas rata-rata warga asing berkongsi pengalaman mereka melawat negara Tembok Besar menerusi media sosial.
Mereka mengakui berasa selamat ketika berada di China terutama jika keluar makan atau joging pada waktu lewat malam, malah membuat pembayaran layan diri di kedai.
Maklum balas positif terhadap tahap keselamatan China dibuktikan menerusi laporan rasmi.
Laporan Keselamatan Global Gallup 2025 menunjukkan, China berada di tangga agak terdepan dalam Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman berbanding kuasa Barat.
Data rasmi China merekodkan bahawa rasa selamat dalam kalangan rakyat China mencapai paras 98.2 peratus.
Menurut penganalisis, kewujudan jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai aspek disumbang oleh faktor-faktor seperti pengaplikasian teknologi digital dan sistem tadbir urus yang cekap.
Diteliti dari perspektif yang lebih mendalam, seiring dengan pemodenan ala China, taraf hidup rakyat negara Tembok Besar semakin meningkat dan masyarakat berasa lebih selamat.
Kini, konflik geopolitik global semakin memuncak, menyebabkan dunia berada dalam situasi tidak menentu. Betapa besarnya makna 'rasa selamat ala China' dalam konteks ini.
Orang ramai mula menyedari bahawa sesebuah negara boleh menjadi penstabil kepada dunia yang bergolak serta destinasi selamat bagi pelaburan asing menerusi usaha memperkasa pembangunan sendiri.
Daripada datang melawat China hinggalah muncul fenomena 'Chinamaxxing' dan merasai sendiri suasana selamat di China, maklum balas positif daripada warganet asing memperlihatkan aspirasi bersama untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.
- Pelbagai Aktiviti Diadakan semasa Hari Pendidikan Keselamatan Negara
- Xi Sahkan Dua Pindaan Undang-undang
- Tingkatkan Inisiatif China Aman ke Tahap Baharu - Xi
- Xi Mahu Perkhidmatan Awam Inklusif Diperkasa
- Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 Dirasmikan di Lianyungang
- Xi Balas Surat kepada Anak-anak Martyr
- China Tambah Baik Undang-undang Berkaitan Keselamatan Awam
- Tokoh Asing Puji Ucapan Menteri Pertahanan China
- Promosi Modenisasi Sistem dan Daya Keselamatan Negara, kata Xi
- Pentingnya Modenkan Kerja Kehakiman, Keselamatan Awam: Xi




