Xi Sahkan Dua Pindaan Undang-undang

(CRI)Sabtu 28 Jun 2025

Presiden China, Xi Jinping menandatangani perintah Presiden nombor ke-49 dan ke-50 pada Jumaat.

Menurut perintah Presiden nombor ke-49, pindaan Undang-undang Hukuman tentang Pengurusan Keselamatan Awam telah diluluskan dalam Sidang ke-16 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada Jumaat dan bakal berkuatkuasa bermula 1 Januari, tahun 2026.

Dalam perintah Presiden nombor ke-50, pindaan Undang-undang Anti Persaingan Tidak Adil telah diluluskan dalam Sidang ke-16 NPC ke-14 dan akan berkuatkuasa bermula 15 Oktober, tahun 2025.

Video

Berita Berkaitan