- Lain-lain
China, Myanmar Ikrar Perkukuh Pertukaran Peringkat Tinggi

Presiden Myanmar Min Aung Hlaing mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Nay Pyi Taw pada Sabtu.
Min Aung Hlaing berkata kerajaan baharu Myanmar berharap untuk memperkukuh pertukaran peringkat tinggi dengan China, memajukan pembinaan Koridor Ekonomi Myanmar-China serta memperluas kerjasama dalam bidang tenaga, perdagangan, infrastruktur dan lain-lain.
Myanmar juga ingin bersinergi dengan China untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan sambil memantapkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara, ujarnya.
Beliau menambah bahawa Myanmar akan terus memperhebat usaha memerangi kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, serta komited mengambil langkah berkesan bagi melindungi keselamatan kakitangan, institusi dan projek China di Myanmar.

Dalam pertemuan itu, Wang menzahirkan kesediaan China untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dan memperkukuh koordinasi strategik dengan Myanmar, di samping memajukan kerjasama berkaitan pembangunan semula pasca gempa dan membantu Myanmar membina semula sistem ekonomi secepat mungkin.
China sedia bekerjasama dengan Myanmar untuk membanteras kegiatan perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, kata beliau.
- China Ucap Tahniah Atas Kejayaan Pilihan Raya Terbaharu Myanmar
- Minggu Filem China 2025 Dilancar di Myanmar
- Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-undang Ke-8 China-Myanmar di Beijing
- Xi Terima Kunjungan Pemangku Presiden Myanmar
- Xi, Min Aung Hlaing Tukar Ucapan Tahniah sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik
- Xi Bertemu Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-12 dari China Tiba di Myanmar
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-9 dari China Tiba di Myanmar
- Macau Hantar Pasukan Perubatan, Bantu Kerja Pemulihan di Myanmar
- Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-8 dari China Tiba di Myanmar




