China Ucap Tahniah Atas Kejayaan Pilihan Raya Terbaharu Myanmar

(CRI)Selasa 27 Januari 2026

China mengucapkan tahniah kepada Myanmar atas kejayaan menamatkan pusingan terbaharu pilihan raya umum (PRU) negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin berkata proses pengundian PRU Myanmar berakhir dengan jayanya pada Ahad.

China, Rusia, India, negara-negara ASEAN dan pertubuhan antarabangsa telah menghantar wakil yang bertindak sebagai pemerhati sepanjang PRU berlangsung.

Guo berkata PRU itu diadakan dengan lancar dan teratur, dengan penyertaan pengundi yang aktif.

"Sebagai jiran yang bersahabat, China menyokong semua pihak di Myanmar mewujudkan keamanan dan permuafakatan yang lebih luas, kukuh dan mantap melalui PRU, meredakan ketegangan situasi dengan secepat munkin bagi bersama-sama mengekalkan kestabilan dalam sektor politik.

"China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghormati pilihan rakyat Myanmar, dan memberikan bantuan yang membina bagi memulihkan keamanan, kestabilan dan pembangunan di Myanmar," kata Guo.

Video

Berita Berkaitan