- Lain-lain
Masyarakat Antarabangsa Perlu Waspada terhadap Militarisme Model Baharu Jepun
Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei membidas kenyataan tidak benar wakil Jepun mengenai situasi Laut China Timur dan Laut China Selatan sambil menegaskan bahawa kenyataan pihak Jepun tersebut dengan jelas telah memutar belitkan fakta.
Dalam debat terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB mengenai isu keselamatan maritim pada Isnin, Sun menyatakan bahawa keseluruhan situasi Laut China Timur dan Laut China Selatan kekal stabil, dan Laut China Selatan kekal sebagai antara laluan pelayaran paling bebas di dunia.
China turut mengkritik tindakan Jepun menghantar kapal perang Pasukan Pertahanan Diri melalui Selat Taiwan, yang disifatkan sebagai provokatif serta menghantar isyarat salah kepada pihak tertentu.
Sun menyatakan bahawa kekuatan sayap kanan Jepun bukan sahaja tidak bertaubat, malah sebaliknya kerap melakukan tindakan provokatif dalam isu-isu yang melibatkan Taiwan, sejarah Perang Dunia Kedua dan keselamatan ketenteraan.
Militarisme model baharu Jepun yang sedang makin berkembang ini dikhuatiri menjadi ancaman terhadap keamanan dunia, justeru masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap hal tersebut.
- Dasar Kerajaan Jepun Dikritik, Bantahan Awam Terus Memuncak
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Longgar Eksport Senjata
- China Zahir Kebimbangan Serius Tindakan Jepun Longgar Eksport Senjata
- China Bantah Keras Tindakan Jepun Hantar Persembahan ke Yasukuni Jinja
- PM Jepun Hantar Persembahan Ritual ke Yasukuni Jinja
- Jepun Longgarkan Peraturan Eksport Senjata
- Rakyat Jepun Protes Rancangan Kerajaan Percepat Pengembangan Ketenteraan
- Cadangan Sanae Takaichi untuk Pinda Perlembagaan Terima Bantahan Meluas
- Langkah Jepun Longgarkan Eksport Senjata, Cetuskan Kebimbangan Serantau
- Puluhan Ribu Rakyat Jepun Bantah Dasar Ketenteraan, Pertahan Perlembagaan Keamanan




