- Lain-lain
“Tarif Sifar” Memangkin Pembangunan Afrika Berdasarkan Kerjasama dengan China

China akan melaksanakan tarif sifar selama dua tahun ke atas 20 buah negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan China yang tidak tersenarai sebagai negara kurang maju (LDC), yang berkuatkuasa bermula 1 Mei 2026, sekaligus menjadikan kesemua 53 negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan China dapat menikmati tarif sifar.
Presiden Majlis Perniagaan China-Afrika di Ghana, Eben berkata, ini bukan sahaja mewujudkan ruang perdagangan yang lebih besar bagi kedua-dua pihak, malah turut membuka peluang luas kepada perusahaan Afrika serta mencetuskan momentum yang kuat bagi pemodenan Afrika.
Hakikatnya, jauh sebelum ini iaitu pada 1 Disember 2024, China sudah mula melaksanakan dasar tarif sifar untuk 33 buah negara Afrika yang kurang maju membabitkan 100 peratus produk daripada kesemua kategori. Kerjasama China-Afrika sememangnya dapat memastikan nikmat pembangunan benar-benar dirasai rakyat kedua-dua pihak.
Berbanding dengan inisiatif tarif sifar sebelum ini yang dilaksanakan China ke atas negara-negara Afrika yang kurang maju, apakah elemen baharu dalam pelaksanaan dasar tarif sifar kali ini?
Di satu sisi, ia merupakan satu perancangan perintis secara berperingkat dalam proses rundingan perjanjian hubungan rakan ekonomi pembangunan bersama antara China dengan negara-negara Afrika yang berhubungan diplomatik yang tidak tergolong dalam kategori negara kurang maju. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah realistik bahawa negara-negara Afrika berkenaan sukar untuk menyelesaikan rundingan dengan China dalam tempoh masa yang terdekat.
Di satu sisi lain, melalui pelaksanaan dasar tarif sifar menyeluruh terhadap Afrika, China dapat membezakan secara tepat 33 negara kurang maju dan 20 negara bukan kurang maju. Negara dalam kelompok pertama tetap boleh menikmati layanan tarif sifar menyeluruh untuk suatu jangka masa panjang, manakala negara dalam kelompok kedua pula mula menikmati pengecualian tarif bermula 1 Mei, mencerminkan dasar keutamaan China ini dilaksanakan secara berperingkat serta mampan.
Jadi, apakah yang akan dibawa oleh dasar tarif sifar yang mula berkuatkuasa pada 1 Mei itu kepada Afrika?
Pertama sekali, ia menyediakan "perisai pelindung" bagi Afrika dalam menghadapi risiko dan cabaran, dan memangkin pembangunan di negara-negara Afrika.
Bagi perdagangan China dan dunia, dasar tarif sifar China untuk Afrika itu juga membuka ruang baharu. Lebih banyak produk berkualiti tinggi dari Afrika akan dibawa masuk ke kehidupan seharian rakyat China pada harga berpatutan, memenuhi keperluan masyarakat terhadap barangan yang pelbagai, sihat dan istimewa.
"Pas masuk" tarif sifar ini juga membantu orang ramai meningkatkan kesedaran bahawa sikap terbuka dan inklusif adalah pendekatan yang betul untuk pembangunan bersama umat manusia.
- Pelaksanaan Bebas Tarif akan Galak Kemakmuran Bersama China-Afrika
- China Bakal Laksanakan Tarif Sifar ke atas 20 Lagi Negara Afrika
- Xi, Neves Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik
- China, Mozambique Sedia Perkukuh Hubungan Bilateral pada Era Baharu
- Xi Ucap Tahniah kepada Guelleh Dilantik Semula Sebagai Presiden Djibouti
- Seychelles Boleh Jadi Jambatan bagi Kerjasama China-Afrika: Presiden Herminie
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-39
- Program Sosiobudaya dan Sambutan TBC 2026 Dilancarkan di Mauritius
- Xi Ucap Tahniah Touadera Kekal Presiden Afrika Tengah
- Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria




