- Lain-lain
China Bakal Laksanakan Tarif Sifar ke atas 20 Lagi Negara Afrika
Jawatankuasa Tarif Dewan Negara China pada Selasa mengumumkan perlaksanaan tarif sifar ke atas 20 buah negara Afrika yang menjalin hubungan diplomatik dengan China berkuatkuasa 1 Mei 2026 hingga 30 April 2028.
Menurut jawatankuasa tersebut, langkah itu melibatkan negara-negara Afrika yang tidak dikategorikan sebagai negara kurang maju (LDC), dengan kadar tarif import diturunkan kepada sifar bagi kebanyakan barang.
Bagi produk yang tertakluk dalam kuota tarif, hanya kadar tarif dalam kuota akan dikurangkan kepada sifar, manakala kadar tarif di luar kuota tidak berubah.
Dalam tempoh pelaksanaan selama 2 tahun tersebut, China juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan negara-negara terbabit melalui perjanjian perkongsian pembangunan bersama.
Sebelum ini China telah pun melaksanakan tarif sifar sepenuhnya ke atas 33 buah negara Afrika yang berada di dalam kategori LDC sejak 1 Disember 2024.
Dengan perlaksanaan dasar tersebut, China akan menjadi entiti ekonomi utama yang pertama di dunia yang menawarkan tarif sifar secara unilateral dan menyeluruh terhadap semua negara Afrika yang menjalin hubungan diplomatik serta semua negara kurang maju yang menjalin hubungan diplomatik dengan China.
- China Kurangkan Kadar Tarif Ke Atas Sejumlah Barangan Import Pada 2026
- AS Panjangkan Tempoh Pengecualian Tarif terhadap Sesetengah Produk China
- Usahawan Afrika Selatan: Eksport Sitrus ke China Pacu Pertumbuhan Pekerjaan, Pendapatan
- Perdagangan China-Afrika Suntik Momentum Industri Kopi
- China, Mozambique Sedia Perkukuh Hubungan Bilateral pada Era Baharu
- Seychelles Boleh Jadi Jambatan bagi Kerjasama China-Afrika: Presiden Herminie
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-39
- Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria
- G-STIC 2025 Fokuskan Pembangunan Lestari di Afrika
- Pengorbanan Doktor China di Tanzania Tinggalkan Kesan Mendalam
- Pemimpin China, Kongo Ucap Tahniah kepada Mesyuarat Peringkat Menteri FOCAC
- China Komited Bantu Rakyat Afrika Tingkatkan Kerelevanan dalam Pembangunan
- Petani Afrika Terima Manfaat Projek Halaman Belakang Teknologi Sains China
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Botswana Duma Boko




