- Lain-lain
Seychelles Boleh Jadi Jambatan bagi Kerjasama China-Afrika: Presiden Herminie

China dan Afrika boleh menjalankan pertukaran budaya dan kerjasama perdagangan dengan lebih baik menerusi Seychelles, kata Presiden Seychelles Patrick Herminie dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Herminie menyatakan bahawa sebagai negara Afrika yang paling dekat dengan China, Seychelles boleh menjadi jambatan yang menghubungkan negara Tembok Besar dengan benua Afrika.
Beliau berpendapat, kedudukan geografi turut menjadikan Seychelles sebahagian penting dalam kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
"Menerusi Seychelles, China boleh menggerakkan banyak kerjasama dengan benua Afrika.
"Pada masa sama, benua Afrika juga boleh menjalankan kerjasama dengan China melalui Seychelles," katanya sambil menambah bahawa negara itu mempunyai kedudukan yang strategik.
Menyentuh mengenai siri inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi Jinping antaranya Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) serta visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, Herminie menganggap ia mempunyai makna signifikan bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran semasa.
"Saya amat bersetuju dengan inisiatif tersebut kerana ia menggalakkan kolaborasi berbanding konfrontasi, solidariti berbanding perpecahan dan manfaat bersama berbanding mainan campur tolak.
"Asalkan membawa manfaat kepada dunia, ia patut disokong, dihormati dan dihargai," kata beliau.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika ke-39
- Program Sosiobudaya dan Sambutan TBC 2026 Dilancarkan di Mauritius
- Xi Ucap Tahniah Touadera Kekal Presiden Afrika Tengah
- Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria
- China Sudi Bersama Afrika Melangkah Menuju Modenisasi: MFA
- Latihan Tentera Laut “Keazaman Kedamaian 2026” Bakal Diadakan di Afrika Selatan
- Dialog Strategik China-AU Diadakan
- "Tahun Pertukaran sosiobudaya China-Afrika" 2026 Buka Tirai di Addis Ababa
- Xi Ucap Tahniah kepada Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika
- Wang Yi Dijadual Hadir Upacara " Tahun Interaksi Sosiobudaya China-Afrika "