Cuti Hari Pekerja: Lebih 1.5 Bilion Perjalanan Rentas Wilayah Direkod

(CRI)Khamis 07 Mei 2026

China merekodkan 1.517 bilion perjalanan rentas wilayah sepanjang cuti Hari Pekerja selama lima hari bermula 1 Mei, menurut data Kementerian Pengangkutan (MOT).

Bank Rakyat China (PBC) memaklumkan bahawa UnionPay dan NetsUnion telah mengendalikan 28.937 bilion transaksi pembayaran dalam tempoh tersebut, dengan nilai keseluruhan mencapai 7.85 trilion yuan (RM4.51 trilion).

Data rasmi menunjukkan, dari 1 hingga 4 Mei, aliran pengunjung dan hasil jualan di 78 kawasan komersial dan pejalan kaki yang dipantau Kementerian Perdagangan (MOFCOM) masing-masing menokok sebanyak 5 peratus dan 5.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Video

Berita Berkaitan