- Lain-lain
Wang Yi Terima Kunjungan Delegasi Kongres AS di Beijing

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi menerima kunjungan delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Senator Steve Daines di Beijing, pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut Wang Yi menyatakan, Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump telah beberapa kali berhubung melalui panggilan telefon serta mengadakan pertemuan sejak lebih setahun lalu, sekali gus membantu menetapkan hala tuju hubungan dua hala pada masa kritikal.
Beliau berkata China bersedia bersama AS untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara, bagi memastikan hubungan China-AS kembali stabil dan berkembang secara positif demi manfaat kedua-dua negara serta dunia.
Mengulas lanjut, Wang berkata China kekal komited terhadap pembangunan aman dan akan terus mengikuti laluan sosialisme bercirikan China.
Beliau berharap AS dapat melihat China secara objektif, membentuk persepsi rasional terhadap China, menghormati kepentingan teras China serta menangani perselisihan dengan baik, dan memberi lebih banyak isyarat positif kepada dunia.
Sementara itu wakil AS turut berkongsi pengalaman lawatan mereka ke China serta pandangan mengenai hubungan dua hala.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.
- Wang Yi Hubungi Rubio menerusi Telefon
- Kerjasama Ekonomi China, AS Perlu Rasional: Xie Feng
- China, AS Kekal Berkomunikasi Mengenai Kemungkinan Lawatan Trump ke China
- Han Zheng Hadiri Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-55 “Diplomasi Ping Pong”
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-55 'Diplomasi Ping-Pong' China-AS
- He Lifeng Bertemu Pengasas Bridgewater Associates di Beijing
- Wang Wentao Bertemu Wakil Perdagangan AS
- China, AS Kekal Berkomunikasi tentang Tarikh Lawatan Trump
- China, AS Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Terus-terang, Mendalam, Konstruktif di Paris
- China, AS Capai Sedikit Sebanyak Persepakatan dalam Perundingan Ekonomi dan Perdagangan




