- Lain-lain
Wang Wentao Bertemu Wakil Perdagangan AS

Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer di luar Persidangan Peringkat Menteri ke-14 (MC14) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Yaounde, Cameroon pada Khamis.
Wang berkata China dan AS perlu bekerjasama untuk melaksanakan konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan kerjasama saling untung, mengekalkan komunikasi rapat serta mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan yang sihat, stabil dan mampan.
Beliau menyatakan kesediaan China untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan AS di peringkat multilateral dan rantau, di samping bersama-sama menggerakkan reformasi WTO.
China juga bersedia bersama-sama AS menggalakkan MC14 mencapai hasil pragmatik serta menyokong Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) membuahkan hasil positif, katanya.
Sementara itu, Greer berkata AS berhasrat mengukuhkan dialog dengan China dan bertindak memastikan hubungan perdagangan kedua-dua negara kekal stabil demi situasi sama menang.
Beliau turut menzahirkan kesediaan AS untuk meningkatkan komunikasi dan pertukaran dengan China di bawah WTO dan kerangka rantau.
- China, AS Kekal Berkomunikasi tentang Tarikh Lawatan Trump
- China, AS Adakan Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Terus-terang, Mendalam, Konstruktif di Paris
- China, AS Capai Sedikit Sebanyak Persepakatan dalam Perundingan Ekonomi dan Perdagangan
- China, AS Dijadual Adakan Rundingan Perdagangan di Perancis
- China Sedia Adakan Perbincangan Jujur dan Pragmatik dengan AS
- Xi Kirim Surat Balas ke Sahabat-sahabat di Negeri Iowa, AS
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Negara AS di Munich
- Xi, Trump Berbincang menerusi Panggilan Telefon
- Kedutaan China di AS Anjur Aktiviti Sambutan TBC
- Majukan Hubungan China-AS Ke Arah Mantap, Sihat dan Lestari




