- Lain-lain
Wang Yi Hubungi Rubio menerusi Telefon
Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Antonio Rubio menerusi telefon pada Khamis.
Wang Yi menyatakan bahawa Beijing dan Washington perlu menghargai situasi stabil yang tidak datang dengan mudah, mempersiapkan agenda untuk interaksi di peringkat tinggi, meluaskan bidang kerjasama, berhemah ketika menangani perselisihan pendapat, meneroka pembentukan hubungan China-AS yang strategik, konstruktif dan stabil, saling hormat, hidup secara damai, serta bekerjasama demi situasi menang-menang.
Wang Yi menekankan bahawa perkara Taiwan berkaitan dengan kepentingan teras China dan merupakan satu risiko berpotensi yang boleh membawa kesan yang paling sukar dikawal dalam hubungan bilateral. Washington sepatutnya menepati komitmen, membuat pilihan yang betul, dan membuka ruang baharu untuk kerjasama kedua-dua negara yang dipercayai boleh menyumbang kepada keamanan dunia.
Rubio menyatakan bahawa hubungan AS-China adalah hubungan dua hala paling penting di dunia, dan diplomasi pemimpin adalah teras hubungan itu. Kedua-dua pihak perlu mengekalkan komunikasi dan koordinasi, saling menghormati, berhemah ketika menangani perselisihan, memperincikan persiapan bagi interaksi peringkat tinggi, dan menekankan unsur stabil dan strategik dalam hubungan bilateral.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat.
- China Gesa AS Henti Campur Tangan Soal Taiwan
- Kerjasama Ekonomi China, AS Perlu Rasional: Xie Feng
- Pijak Garis Merah, Buruk Padahannya
- China Bantah Kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun Melintasi Selat Taiwan
- China, AS Kekal Berkomunikasi Mengenai Kemungkinan Lawatan Trump ke China
- Han Zheng Hadiri Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-55 “Diplomasi Ping Pong”
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-55 'Diplomasi Ping-Pong' China-AS
- He Lifeng Bertemu Pengasas Bridgewater Associates di Beijing
- China Ulangi Gesaan Hentikan Segera Operasi Ketenteraan di Asia Barat
- Ahli Parlimen Jepun Sekongkol dengan Pembelot Taiwan, China Bertindak Balas




