Iran Kutuk Serangan Israel di Beirut

(CRI)Jumaat 08 Mei 2026

Iran mengecam serangan yang dilancarkan Israel ke atas kawasan kediaman di pinggir selatan Beirut, Lubnan pada Jumaat.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaeidalam satu kenyataan berkata serangan itu telah menyebabkan beberapa orang awam terkorban dan cedera, selain turut merosakkan infrastruktur.

Esmaeil Baqaei menyatakan, Israel terus melancarkan operasi ketenteraan di Lubnan dan beberapa kali menggunakan senjata yang dilarang, termasuk bom fosforus putih.

Katanya, situasi tersebut berlaku berikutan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara termasuk Jerman dan United Kingdom (UK) terhadap operasi berkenaan.

Video

Berita Berkaitan