- Lain-lain
Xi Bertemu Ketua Pengarah UNESCO

China bersedia memperdalam kerjasama strategik dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat di seluruh dunia.
Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping semasa pertemuannya dengan Ketua Pengarah UNESCO Khaled El-Enany di Beijing pada Selasa.

Xi berkata China menyokong kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan peranan penting yang dimainkan UNESCO dalam tadbir urus global.
Beliau menzahirkan kesediaan China untuk bersama-sama UNESCO melaksanakan empat inisiatif global bagi membolehkan rakyat di seluruh dunia menikmati hasil pembangunan pendidikan, sains dan kebudayaan, merungkai cabaran bersama dengan lebih berkesan sambil bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Beliau turut menyarankan supaya kedua-dua pihak memperdalam kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), sanis terbuka dan pendidikan digital, di samping memperkasa kerjasama dengan negara Selatan Global dan mengukuhkan perlindungan warisan budaya serta interaksi dan saling belajar sesama tamadun.
Sementara itu, El-Enany merakamkan penghargaan terhadap sokongan berterusan China kepada UNESCO selama ini.
Beliau berkata UNESCO berharap dapat terus memperkasa kerjasama dengan China bagi meningkatkan tahap pembangunan pendidikan dan budaya global, menggalakkan pertukaran sains dan teknologi, memperdalam kerjasama AI, di samping bersama-sama melaksanakan empat inisiatif global demi kesejahteraan manusia sejagat.
- Quanzhou, Wuxi Kini Sebahagian Daripada Jaringan Bandar Kreatif UNESCO
- Institut Pendidikan STEM UNESCO Berakar di Shanghai
- Makam Diraja Xixia China Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun
- China Dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Negara Pihak Konvensyen UNESCO 1970
- Presiden Xi Tekankan Peri Penting Pemeliharaan Warisan Alam Semula Jadi dan Kebudayaan di Fujian
- Dua Tapak Taman Geologi China Masuki Senarai UNESCO
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO
- Tempat Perlindungan Burung Hijrah China Baharu Masuk Senarai Warisan Dunia UNESCO
- China Dipilih Ahli Jawatankuasa Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara




