Institut Pendidikan STEM UNESCO Berakar di Shanghai

(CRI)Isnin 22 September 2025

Institut Pendidikan STEM Program Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara rasmi ditubuhkan di Shanghai pada Ahad.

Menteri Pendidikan China, Huai Jinpeng mewakili kerajaan China dan Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay secara bersama menandatangani “Perjanjian Lokasi” dan “Perjanjian Operasi” Insitut Pendidikan STEM.

Menurut Azoulay, Institut Pendidikan STEM akan menjadi kelompok penting dalam UNESCO di seluruh dunia.

Ini tidak hanya mempromosikan perkembangan pendidikan STEM di negara China, tetapi juga menyokong visi pendidikan STEM UNESCO di peringkat global.

Persidangan ke-42 UNESCO yang diadakan pada November 2023 telah memutuskan untuk menubuhkan Institut Pendidikan STEM Antarabangsa di Shanghai.

Ini sekali gus menandakan pusat peringkat A UNESCO buat kali pertama ditubuhkan di China.

Video

Berita Berkaitan