- Lain-lain
UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun
Simposium 'Youth Dialogue on the Future along the Silk Roads' berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris baru-baru ini.
Acara anjuran bersama oleh UNESCO dan Delegasi Tetap China ke UNESCO itu diadakan sempena Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun yang disambut pada setiap 10 Jun.
Tahun lalu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan resolusi disyorkan China mengenai pewartaan Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun.
Wakil Delegasi Tetap China ke UNESCO, Yang Xinyu dalam majlis perasmian berkata sambutan hari antarabangsa itu memperlihatkan aspirasi masyarakat antarabangsa untuk memperkukuh dialog dan persefahaman tatkala dunia berdepan ketegangan geopolitik, konflik rantau dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.
Simposium berkenaan disertai wakil-wakil dari Greece, Oman, Uzbekistan, Brazil dan beberapa negara lain serta penerima manfaat daripada Geran Penyelidikan Belia Jalan Sutera UNESCO yang dibayai kerajaan China.
Antara topik perbincangan utama mencakupi seni dan kesusasteraan, falsafah dan kerohanian, sains dan pengetahuan, serta pencapaian dan nilai tamadun di sepanjang Laluan Sutera.
- China Dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Negara Pihak Konvensyen UNESCO 1970
- Presiden Xi Tekankan Peri Penting Pemeliharaan Warisan Alam Semula Jadi dan Kebudayaan di Fujian
- Dua Tapak Taman Geologi China Masuki Senarai UNESCO
- Budaya China Bertapak di Eropah, Jadi Sebahagian Gaya Hidup
- Artis Global Pamer Seni Bercirikan Warisan China di Beijing Dalam Suasana TBC
- Pertukaran Budaya China-AS Pacuan Sektor Perfileman
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO
- Juilliard415 Buat Persembahan di Sekolah Juilliard Tianjin
- 22 Negara Sertai Festival Filem Antarabangsa di Utara China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Indonesia