- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Tajikistan

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Emomali Rahmon di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa.
Xi berkata China dan Tajikistan akan terus menjadi jiran baik yang saling membantu, sahabat akrab yang saling mempercayai dan rakan kongsi yang maju bersama, tanpa mengira apa jua perubahan berlaku dalam persekitaran luaran.

Beliau menyifatkan pemeteraian Perjanjian Kejiranan Baik, Persahabatan dan Kerjasama Berkekalan China-Tajikistan akan memperlihatkan kesalingpercayaan politik pada tahap tinggi serta memberi jaminan kukuh kepada ikatan persahabatan abadi antara kedua-dua negara.
Xi berkata China sedia bekerjasama dengan Tajikistan untuk membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Beliau menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu memfokuskan kepada kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan antara satu sama lain.

Sementara itu, Rahmon berkata pemeteraian perjanjian berkenaan menandakan hubungan Tajikistan-China memasuki fasa baharu dalam sejarah, sekali gus membuka prospek lebih luas untuk kerjasama jangka panjang.
Menurut beliau, Tajikistan berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang seperti mineral kritikal, kecerdasan buatan (AI) dan inovasi teknologi, di samping memudahkan pertukaran kakitangan dan meningkatkan pertukaran pendidikan sehingga membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan bilateral.


- Presiden Tajikistan Dijadual Lawat China
- Dialog Strategik Menteri Luar China, Tajikistan Berlangsung di Dushanbe
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Tajik Emomali Rahmon
- Xi Bertemu Presiden Tajikistan di Astana
- Pegawai Kanan PKC Lawat Uzbekistan dan Tajikistan
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Tajikistan
- Xi Akhiri Lawatan ke Tajikistan
- Xi Bertemu Presiden Tajikistan
- Xi, Rahmon Rasmikan Bangunan Parlimen dan Kerajaan di Dushanbe
- 'Classic Quotes by Xi Jinping' Bakal Disiar di Tajikistan




