Dialog Strategik Menteri Luar China, Tajikistan Berlangsung di Dushanbe

(CRI)Isnin 24 November 2025

Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Sirojiddin Muhriddin mengadakan dialog strategik pertama di bandar Dushanbe pada Sabtu.

Wang menyatakan bahawa berdepan situasi antarabangsa yang penuh pancaroba, pelancaran mekanisme dialog strategik dua hala adalah tepat pada masanya.

Ia bermanfaat bagi meningkatkan komunikasi strategik, memperkukuh kesalingpercayaan strategik, menangani pelbagai cabaran dan risiko baharu serta memelihara keamanan dan kestabilan antarabangsa dan serantau.

Beliau mencadangkan supaya kedua-dua negara teguh menyokong satu sama lain, mendorong kerjasama saling untung, memperdalam pertukaran sosiobudaya, meningkatkan kerjasama keselamatan dan merapatkan penyelarasan multilateral.

Sementara itu, Muhriddin berkata pihaknya bersedia berganding bahu dengan China untuk mengeratkan pertukaran di pelbagai peringkat, memantapkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperkasa kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan dan perlombongan hijau sambil memperluas pertukaran sosiobudaya.

Video

Berita Berkaitan