- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Tajikistan di Astana
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Emomali Rahmon di Astana, ibu negara Kazakhstan pagi tadi.
Pertemuan itu diadakan sempena kehadiran Presiden Xi ke Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua.
Dalam pertemuan tersebut, Xi berkata China dan Tajikistan perlu memanfaatkan sepenuhnya mekanisme dialog strategik antara menteri luar, menyelaras dan memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang, memperluas skala perdagangan dan pelaburan, mempercepat pembinaan projek infrastruktur pengangkutan serta terus meningkatkan tahap kesalinghubungan.
Kedua-dua pihak juga hendaklah memanfaatkan peranan Institut Confucius, Bengkel Luban dan Pusat Perubatan Tradisional Cina, serta menganjurkan aktiviti 'Hari Budaya China' yang dijadual berlangsung di Tajikistan pada musim luruh nanti dengan jayanya.
Ujarnya dua negara perlu meningkatkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, di samping memperhebat usaha membanteras keganasan, pemisahan dan ekstremisme.
Sementara itu, Rahmon menyatakan pihaknya bersedia mengekalkan pertukaran peringkat tinggi secara erat dengan China, memperkukuh komunikasi strategik, memperkasa kerjasama dalam bidang tradisional seperti perdagangan, pelaburan, pertanian dan infrastruktur sambil meluaskan kerjasama dalam bidang baharu termasuk tenaga baharu, industri hijau dan kecerdasan buatan (AI).
Ujarnya, Tajikistan komited bersama dengan China untuk menggalakkan pertukaran sosiobudaya, mempergiat kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, memperkukuh penyelarasan dan kolaborasi bagi meningkatkan peranan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan mekanisme China-Asia Tengah.
- Asia Tengah, Perintis dalam Pelaksanaan BRI
- Xi Tiba di Astana untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Kedua
- Kereta Api Pelancongan Kebudayaan Antarabangsa China-Asia Tengah Pertama Jadi Saluran Baharu Pertukaran Antara Rakyat, Budaya
- Xi Tiba di Astana
- Xi Berlepas ke Astana untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Pegawai Kanan PKC Lawat Uzbekistan dan Tajikistan
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Tajikistan
- Xi Akhiri Lawatan ke Tajikistan
- Xi Bertemu Presiden Tajikistan
- Xi, Rahmon Rasmikan Bangunan Parlimen dan Kerajaan di Dushanbe