- Lain-lain
“Jiuzhang 4.0” China Pecah Rekod Pengkomputeran Kuantum

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)
Saintis China telah membangunkan sebuah prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara “Jiuzhang 4.0” yang telah mencatat rekod dunia baharu bagi teknologi maklumat kuantum optik, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu.
Diketuai oleh Universiti Sains dan Teknologi China (USTC), pasukan penyelidik telah menggunakan prototaip itu untuk merungkai masalah pensampelan boson Gaussian (GBS) pada kelajuan lebih daripada 10 hingga 54 kali superkomputer paling berkuasa di dunia.
Menurut penyelidik, mereka memanipulasikan dan mengesan keadaan kuantum sehingga 3,050 foton, jauh melebihi 255 foton yang dicapai oleh “Jiuzhang 3.0” dahulu.
Jalan perkembangan teknologi pengkomputeran kuantum utama masa kini termasuk superkonduksi, perangkap ion, fotonik, dan sistem atom neutral. Siri prototaip “Jiuzhang” mengekod bit kuantum menggunakan foton lalu melakukan pengkomputeran kuantum dengan memanipulasikan dan mengukur foton terbabit.
Sejak 2020, siri ini telah menjalani beberapa penaiktarafan, merealisasikan kelebihan pengkomputeran kuantum, malahan berkali-kali mencatat rekod dunia.
Prof Lu Chaoyang dari USTC berkata, penyelidik telah membangunkan sebuah sumber cahaya pengayun parametrik optik berkecekapan tinggi serta interferometer berkod hibrid ruang dan masa.
Sampel data paling kompleks yang dihasilkan oleh “Jiuzhang 4.0” hanya memerlukan masa 25 mikrosaat, iaitu tidak sampai sekelip mata.
“Sebagai kontras, superkomputer paling berkuasa di dunia memerlukan lebih daripada 10 hingga 42 tahun untuk menyelesaikan kiraan sama,” jelas Lu.
Beliau menyifatkan hasil daripada “Jiuzhang 4.0” sebagai satu loncatan besar dalam skala dan kerumitan pemproses kuantum fotonik kehilangan rendah, sekali gus menawarkan peluang baharu untuk pembangunan “keadaan kluster tiga dimensi mod trilion kubit” dan juga “perkakasan pengkomputeran kuantum optik tahan rosak” pada masa depan.

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)

Foto yang diambil pada 10 April 2026 ini menunjukkan sebahagian prototaip pengkomputeran kuantum boleh atur cara, “Jiuzhang 4.0”. (Xinhua/Zhou Mu)
- Superkomputer Tianhe Dahului Ranking Graf Hijau Data Raya 500
- China Tingkatkan Kuasa Pengkomputeran Sebagai Pemangkin Ekonomi Baharu
- Komputer Kuantum Superkonduktor Generasi Ketiga China Beroperasi
- Pasaran Pengkomputeran Awan China Berkembang Pesat
- Hefei Bina Kluster Perusahaan Teknologi Kuantum yang Kuat
- Komputer Kuantum Superkonduktor China Dilawat Lebih 20 Juta Orang Serata Dunia
- China Tubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan Pertama yang Dikuasakan oleh Pengkomputeran Kuantum




