- Lain-lain
China, AS Sepakat Bina Hubungan Berteraskan Kestabilan Strategik yang Konstruktif

China komited untuk mewujudkan perkembangan hubungan yang stabil, sihat dan mampan dengan Amerika Syarikat (AS).
Demikian ditekankan Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.
"Saya telah bersetuju dengan Presiden Trump mengenai visi baharu untuk membina hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif ," kata Xi.
Menurut beliau, visi baharu itu akan memberikan panduan strategik untuk hubungan bilateral dalam tempoh tiga tahun akan datang dan seterusnya.
'Kestabilan strategik yang konstruktif' perlu menjurus kepada kestabilan dengan mengutamakan kerjasama, mengamalkan persaingan sederhana, memastikan perbezaan pendapat terkawal dan menjanjikan keamanan.

Xi menyifatkan saling untung dan sama menang sebagai inti pati hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.
Beliau juga berkata, rundingan yang sama rata merupakan satu-satunya pilihan tepat bagi menangani percanggahan dan pergeseran.
Tambah beliau, kedua-dua pihak perlu melaksanakan konsensus yang telah dicapai dan terus memanfaatkan saluran komunikasi dalam bidang politik, diplomasi dan ketenteraan, di samping meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kesihatan, pertanian, pelancongan, sosiobudaya dan penguatkuasaan undang-undang.
Sementara itu, Trump menzahirkan kesediaannya bersinergi dengan Presiden Xi untuk memperkasa komunikasi dan kerjasama serta menangani perselisihan dengan baik bagi mewujudkan hubungan AS-China yang terbaik dalam sejarah dan mencipta masa depan lebih indah buat kedua-dua negara.
Beliau berpendapat kerjasama AS-China akan membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua negara, bahkan seluruh dunia.
- Xi, Trump Lawat Taman Tiantan
- Xi Bertemu Usahawan AS
- Xi Mahu Bersama Trump Jadikan 2026 Tahun Permulaan Pembaikan Hubungan China-AS
- Xi, Trump Adakan Rundingan di Beijing
- Xi Beri Sambutan Negara kepada Trump
- Trump Tiba di Beijing untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari
- Rundingan Dagangan China, AS Berlangsung di Seoul
- Pertemuan Pemimpin China, AS Dinanti Dunia
- Diplomasi Ketua Negara Signifikan bagi Hubungan China-AS: MFA
- Rundingan Dagangan China, AS Bermula Esok di ROK




