Pertemuan Pemimpin China, AS Dinanti Dunia

(CRI)Rabu 13 Mei 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China dari 13 hingga 15 Mei atas undangan Presiden Xi Jinping.

Ini merupakan pertemuan empat mata pertama antara pemimpin kedua-dua negara selepas mereka bertemu di Busan pada Oktober lalu, dan juga lawatan pertama Presiden AS ke China dalam tempoh sembilan tahun.

Kedua-dua pemimpin akan bertukar pendapat mengenai hubungan China-AS serta isu utama berkaitan keamanan dan pembangunan dunia.

Komuniti antarabangsa berharap pertemuan kali ini dapat mengemudi hubungan China-AS ke arah lebih mantap, serta membolehkan dua negara menjadi rakan kongsi dan sahabat, sekali gus membawa kestabilan kepada dunia.

Selaku dua entiti ekonomi terbesar dunia, agregat ekonomi China dan AS menyumbang lebih satu pertiga kepada dunia, manakala nilai perdagangan barangan kedua-dua negara merupakan kira-kira satu perlima daripada jumlah keseluruhan dunia.

Justeru, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara dua buah kuasa besar itu diyakini terus memainkan peranan sebagai penstabil dan pemacu bagi hubungan dua hala, di samping menyuntik unsur kepastian kepada ekonomi global.

Dunia ingin melihat China dan AS bergerak sehaluan dengan memperluas bidang kerjasama dan menyumbang kepada pemulihan pertumbuhan global.

Diharapkan bahawa pertemuan pemimpin China dan AS di Beijing akan terus membawa kepada hubungan bilateral yang semakin berkembang mantap, serta memberikan unsur kepastian dan kestabilan kepada dunia.

Video

Berita Berkaitan