- Lain-lain
Xi Mahu Bersama Trump Jadikan 2026 Tahun Permulaan Pembaikan Hubungan China-AS

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengadakan rundingan di Dewan Besar Rakyat di sini pada Khamis.
Xi menyatakan bahawa di sebalik situasi antarabangsa yang sedang mengalami perubahan drastik yang tiada tolok banding dalam seabad lalu, dan landskap dunia yang huru-hara dan rumit, kita berdepan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan sejarah dan umat manusia, yang perlu dijawab bersama oleh para pemimpin dari negara kuasa besar pada zaman ini.
"Mampukah China dan AS bertindak mengelakkan 'Perangkap Thucydides' (bermaksud kebangkitan suatu negara kuasa baharu adalah berdasarkan cabaran terhadap negara kuasa besar yang sedia ada), menegakkan satu paradigma baharu dalam hubungan antara negara kuasa besar? Bolehkah bekerjasama ketika menyahut cabaran global dan menyuntik lebih banyak kestabilan kepada landskap dunia? Boleh atau tidak kedua-dua negara memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat di negara masing-masing serta nasib dan masa depan seluruh manusia, dan bersama-sama membina masa depan yang cerah untuk hubungan dua hala?" kata Xi.
"Kepentingan bersama lebih besar berbanding perselisihan antara China dan AS, kejayaan China dan AS boleh dilihat sebagai peluang antara satu sama lain, dan hubungan dua hala yang stabil bermanfaat kepada dunia. Kedua-dua pihak seharusnya menjadi sahabat dan bukannya lawan, dan merintis satu jalan yang betul bagi pergaulan antara negara kuasa besar pada era baharu melalui kejayaan dan kemakmuran bersama" ujar Xi.
"Saya berharap bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai isu penting dengan Presiden Trump, bersama-sama menerajui perkembangan hubungan China-AS ke arah yang baik dan stabil, dan menjadikan 2026 sebagai tahun permulaan yang signifikan dan simbolik bagi pembaikan hubungan dua hala yang diharap menjadi legasi holistik," tambah beliau.
- Rundingan Dagangan China, AS Berlangsung di Seoul
- Pertemuan Pemimpin China, AS Dinanti Dunia
- Diplomasi Ketua Negara Signifikan bagi Hubungan China-AS: MFA
- Rundingan Dagangan China, AS Bermula Esok di ROK
- Wang Yi Terima Kunjungan Delegasi Kongres AS di Beijing
- Wang Yi Hubungi Rubio menerusi Telefon
- Kerjasama Ekonomi China, AS Perlu Rasional: Xie Feng
- China, AS Kekal Berkomunikasi Mengenai Kemungkinan Lawatan Trump ke China
- Han Zheng Hadiri Majlis Peringatan Ulang Tahun Ke-55 “Diplomasi Ping Pong”
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-55 'Diplomasi Ping-Pong' China-AS




