China, AS Boleh Pacu Pembangunan Masing-masing Menerusi Pemerkasaan Kerjasama - Xi

(CRI)Jumaat 15 Mei 2026

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dalam skala kecil dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Zhongnanhai, Beijing pada Jumaat.

Xi dalam pertemuan itu menyifatkan lawatan Presiden Trump kali ini sebagai lawatan yang bersejarah.

Pertemuan pemimpin kedua-dua negara menyaksikan persepakatan dicapai mengenai visi baharu bagi membina hubungan China-AS berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif.

Beliau berkata kedua-dua pihak juga mencapai konsensus dalam usaha memantapkan hubungan ekonomi dan perdagangan, memperluas kerjasama pragmatik dan menangani keprihatinan satu sama lain dengan baik, selain bersepakat meningkatkan komunikasi dan koordinasi mengenai isu antarabangsa dan serantau.

Mengulas lanjut, Xi berkata China dan AS boleh memacu pembangunan masing-masing menerusi pemerkasaan kerjasama.

Tambah beliau, kedua-dua pihak hendaklah melaksanakan konsensus yang telah dicapai dan mengekalkan hala tuju yang tepat di samping menghapuskan gangguan bagi memastikan hubungan bilateral berkembang secara stabil.

Sementara itu, Trump menganggap lawatannya ke China kali ini amat berjaya.

Ujarnya, siri persepakatan dan perjanjian yang dicapai sempena lawatan kali ini membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan juga dunia.

Video

Berita Berkaitan