Yiwu Saksikan Tempahan Melonjak Menjelang Piala Dunia

Sebuah kedai bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Sebuah kedai bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Piala Dunia FIFA 2026, anjuran bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, kini menjelang tiba. Di Yiwu – bandar China yang sering digelar “pasar raya dunia” –pengeluar sibuk memenuhi tempahan untuk barang bertemakan Piala Dunia, disokong oleh rangkaian pengeluaran dan logistik yang cekap.

Baru-baru ini, sebuah visor berbentuk tangan menjadi tular di Internet. Pada petang hari yang sama, peniaga tempatan telah pun siap membuat prototaip dan memulakan pengeluaran secara besar-besaran. Ini segera diikuti dengan pelbagai variasi baharu, yang dihantar ke seberang laut pada hari yang sama.

Yang menjadikan keajaiban ini suatu kenyataan ialah rantaian bekalan bersepadu Yiwu, yang membolehkan pengeluar memperoleh segala yang diperlukan dalam masa setengah jam.

“Pengeluaran di sini semudah meneguk air,” kata Chen Guo, seorang pengeluar tempatan. Di tempat lain, bunyinya seperti ditokok tambah sahaja. Namun di Yiwu, ini perkara biasa.

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Kelebihan Yiwu datangnya daripada intuisi pasaran yang tajam dan keupayaan untuk mendahului trend. Berbanding kebanyakan tempat yang masih menunggu temasya bermula atau tempahan masuk, peniaga Yiwu sudah berbulan-bulan lamanya membuat persiapan. Mereka mengkaji produk terlaris dari edisi Piala Dunia lalu, menganalisis tabiat peminat dan trend baharu, meramalkan permintaan terhadap barangan berkaitan pasukan-pasukan popular, malahan menyesuaikan keluaran dengan cuaca tempatan.

Logistik yang pantas dan boleh diharap juga sama pentingnya. Dengan adanya khidmat tren barang Yixin'ou (Yiwu-Xinjiang-Eropah) serta kedudukan berhampiran Pelabuhan Ningbo-Zhoushan, Yiwu telah membangunkan sebuah rangkaian logistik global melibatkan pengangkutan laut, darat dan udara. Barang bertemakan Piala Dunia dapat keluar dari kilang dan tiba di Eropah dalam masa sekitar 20 hari. Pada masa yang sama, laluan perkapalan khusus ke benua Amerika serta Asia Barat memastikan masa penghantaran stabil, kos penghantaran berpatutan dan pelepasan kastam efisien.

Kelebihan Yiwu juga hasil peralihan ke arah pengeluaran dipacu oleh inovasi dan harta intelek. Peniaga Yiwu lebih mementingkan kepatuhan terhadap hak cipta, giat bekerjasama dengan pemberi lesen acara rasmi, dan mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya pengeluaran barang tiruan atau tanpa kebenaran.

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Seorang penjual mempamerkan barang bertemakan Piala Dunia di Pasar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, provinsi Zhejiang, timur China, 15 Mei 2026. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Video

Berita Berkaitan