Express Yiwu-Madrid Sepanjang "Laluan Sutera" Tunjukkan Prestasi Konsisten, Pantas dan Efisien

(CRI)Isnin 23 Februari 2026

Sejak beroperasi pada 12 tahun yang lalu, perkhidmatan Express Yiwu-Madrid kendalian China Railway yang berperanan sebagai "laluan emas" menghubungkan benua Asia dengan Eropah, tidak pernah dihentikan meskipun sempena tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 sekarang ini.

Jumlah perjalanan perkhidmatan Express Yiwu-Madrid bagi tempoh dari 1 Januari hingga 17 Februari tahun 2026 dilaporkan meningkat 18 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat 220 perjalanan untuk muatan 22,000 unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU). Express Yiwu-Madrid telah menjadi salah satu pilihan utama bagi pengeksportan barangan kecil dari Yiwu, hasil pelbagai kelebihan miliknya seperti prestasi pengangkutan yang konsisten, pantas dan efisien.

Dimaklumkan bahawa dalam tempoh dari tahun 2014 yang menyaksikan perjalanan pertamanya hingga Januari 2026, perkhidmatan Express Yiwu-Madrid sebagai satu komponen Ekspres China-Eropah telah merekodkan lebih 15,000 perjalanan, dengan muatan kontena 1.247 juta TEU yang sudah lulus dalam pemantauan kastam untuk tujuan import-eksport.

Perkhidmatan Express Yiwu-Madrid yang berlandaskan tiga laluan utama iaitu China-Eropah, China-Rusia dan China-Asia, mampu menjangkau ke lebih 160 bandar di lebih 50 negara dan wilayah di Asia dan Eropah.

Video

Berita Berkaitan