- Lain-lain
Xi, Zardari Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Pakistan
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Asif Ali Zardari pada Khamis bertukar ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi dalam perutusannya menyatakan bahawaChina dan Pakistan adalah sahabat dan rakan kongsi yang baik. Kedua-dua negara ini disambungkan dengan gunung dan sungai, serta turut berkongsi waktu senang dan susah.
Sejak jalinan hubungan diplomatik pada 75 tahun lalu, persahabatan antara China dan Pakistan kian diperkukuh walau situasi dunia banyak berubah, kata Xi.
Beliau berkata China dan Pakistan mengekalkan kepercayaan politik, kerjasama praktikal, kerjasama keselamatan dan kolaborasi antarabangsa pada taraf tinggi untuk jangka masa panjang, sekali gus menjadi teladan baik bagi hubungan antara negara.
Xi menegaskan bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan China-Pakistan, dan bersedia berganding bahu dengan Presiden Zardari untuk memperkukuh komunikasi strategik, meneruskan persahabatan tradisional, mempergiat kerjasama dalam segenap aspek, serta mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih erat, supaya memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan serantau.
Sementara itu, Zardari berkata bahawa Pakistan memuji inisiatif-inisiatif global yang digagaskan Presiden Xi dan menghargai komitmen Xi untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib Pakistan-China.
Pakistan juga amat menghargai sokongan China kepada negara itu dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah, serta pembangunan ekonomi dan masyarakat, kata Zardari.
- Menteri Luar China, Pakistan Adakan Perbincangan Telefon
- Latihan Bersama China-Pakistan "Pengawal Laut-4" Tutup Tirai
- China, Pakistan Aju Inisiatif Lima Perkara untuk Pulih Keamanan di Asia Barat
- TPM Pakistan Mulakan Lawatan ke China Hari Ini
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Dialog Strategik Menteri Luar China-Pakistan Berlangsung di Beijing
- TPM Pakistan Lawat China Mulai 3 Januari
- Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif di Beijing
- Sebuah Hadiah yang Menyelamatkan Nyawa Daripada Sahabat China
- Menteri Luar China, Pakistan Adakan Dialog Stretagik




