Sebuah Hadiah yang Menyelamatkan Nyawa Daripada Sahabat China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 Ogos 2025
Sebuah Hadiah yang Menyelamatkan Nyawa Daripada Sahabat China
Penduduk tempatan di Pakistan sedang berbaris di luar unit perubatan bergerak yang didermakan oleh pembuat kenderaan China, BAIC Foton. (Foto oleh BAIC Foton)

Di Provinsi Punjab, Pakistan, unit perubatan bergerak yang berwarna putih sering kelihatan di pelbagai tempat, yang bergerak ke serata kampung untuk memberikan khidmat penjagaan kesihatan percuma kepada wanita dan kanak-kanak tempatan.

Berikutan perkhidmatan perubatan yang agak kurang membangun di Pakistan, penduduk di kawasan pedalaman sering bergelut untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, sekali gus menjadikan golongan wanita mengandung dan bayi terdedah kepada risiko.

Bagi mengatasi isu tersebut, pembuat kenderaan China, BAIC Foton mendermakan unit perubatan bergerak kepada sebuah pertubuhan amal Pakistan, dan bekerjasama dengan pekerja perubatan tempatan untuk memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti secara terus kepada mereka yang memerlukan.

Sejak bulan Mac 2022, unit perubatan bergerak tersebut telah sampai ke sekitar 300 kampung dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 9,000 wanita dan kanak-kanak. Nur Bano, seorang wanita Pakistan yang menerima manfaat daripada perkhidmatan tersebut menyifatkan ia sebagai satu hadiah yang menyelamatkan nyawa daripada sahabat China.

Foto menunjukkan upacara penyerahan pendermaan unit perubatan bergerak. (Foto oleh BAIC Foton)

Video

Berita Berkaitan