- Lain-lain
Dialog Shangri-La ke-23 Labuh Tirai
(CRI)Isnin 01 Jun 2026
Dialog Shangri-La edisi ke-23 yang berlangsung selama tiga hari di Singapura, melabuhkan tirai pada Ahad.
Sepanjang dialog berlangsung, wakil dari lebih 40 negara dan wilayah telah berkongsi pandangan dan pendirian mereka berhubung isu-isu antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
Rata-rata peserta berpendapat negara-negara di dunia harus memperkasa komunikasi dan koordinasi, selain perlu menyelesaikan perselisihan menerusi dialog dan kerjasama serta berusaha untuk mencapai konsensus.
Menyentuh mengenai kerjasama keselamatan serantau, para peserta menyarankan agar usaha dipergiat bagi mewujudkan orde antarabangsa yang lebih adil dan munasabah, di samping mendorong pembangunan bersama dan keamanan yang berkekalan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




