- Lain-lain
Serbia Bersedia Rancakkan Landskap Teknologi Inovatif melalui Kerjasama dengan China - Presiden Vucic

Serbia merancang untuk bekerjasama dengan suatu perusahaan dari provinsi Zhejiang, China bagi memajukan projek pengilangan pintar melibatkan pembuatan robot humanoid dan quadruped robot, dengan harapan agar pengeluaran berkenaan dapat segera dimulakan, untuk membantu Serbia menjadi negara Eropah pertama yang mampu mengembangkan industri robot humanoid.
Demikian didedahkan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic ketika diwawancara olehwartawan "Leaders Talk" dari Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau menghargai kecekapan China dalam melaksanakan projek berkenaan dan sokongan besar China terhadap kerjasama industri terbabit di negaranya.
Menyentuk pembangunan domestik di China, Vucic menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan dengan mata sendiri perkembangan yang pesat melalui kunjungan yang berkali-kali di negara ini, dan menzahirkan harapan kepada golongan muda bahawa pencapaian yang cemerlang itu khususnya kemudahan infrastruktur yang hebat bukan yang datang dengan mudah.
"Produk buatan China semakin dominan dalam pasaran global tidak terlepas dari sumbangan rakyat China yang tekun dalam kerja harian, dan semangat gigih itu patut terus disemarakkan dan diwariskan oleh golongan muda," Kata Vucic.
Wawancara eksklusif ini bukan sahaja menunjukkan persahabatan tradisional yang kukuh antara China dengan Serbia, malah juga menggambarkan prospek kerjasama luas antara kedua-dua negara mengenai Kuasa Produktif Kualiti Baharu, sekaligus menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan hubungan bilateral.
Dalam tempoh lawatan ke China tidak lama dahulu yang disifatkannya sebagai paling penting dalam kerjaya politik, Presiden Serbia, Aleksandar Vucic berterima kasih atas Pingat Jasa Persahabatan yang dianugerahkan oleh China dengan menyatakan bahawa penghormatan itu bagaikan tanggungjawab yang berat yang akan menggalakkannya terus memajukan pembentukan komuniti berkongsi nasib antara Serbia-China, serta memperdalam kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
"Sebagai negara Eropah pertama yang membentuk komuniti berkongsi nasib bersama dengan China pada era baru, Serbia teruja dengan kolaborasi bilateral yang produktif," tambah beliau.
- Persahabatan China-Serbia Semakin Kukuh
- Peng Liyuan, Tamara Vucic Lawat Akademi Tarian Beijing
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Serbia
- Xi Berunding dengan Presiden Serbia Vucic di Beijing
- Presiden Serbia Dijadual Lawat China pada 24 Mei
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic
- Presiden Serbia Zahir Penghargaan kepada China, Bantu Siapkan Lebuh Raya Baharu
- Laluan Pengangkutan Udara Kargo Urumqi-Belgrade Beroperasi
- China Hormati Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Serbia
- FTA China-Serbia akan Dikuatkuasakan 1 Julai




