China, Georgia Pertingkat Hubungan Dua Hala ke Fasa Baharu

(CRI)Rabu 10 Jun 2026

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Georgia, Mikheil Kavelashvili bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-34 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Selasa.

Xi berkata China sentiasa melihat hubungan dengan Georgia dari segi strategik dan jangka panjang, meski situasi antarabangsa sentiasa berubah.

Di kesempatan ini juga, Xi menyatakan kesediaan beliau untuk bersama-sama dengan Kavelashvili, meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik komprehensif.

Xi berharap dengan fasa baharu hubungan tersebut, dapat membuka lembaran baharu dalam persahabatan tradisional kedua-dua negara, menyuntik momentum dalam mewujudkan kerjasama saling menguntungkan serta mencipta lebih banyak manfaat untuk rakyat di kedua-dua negara.

Sementara itu, Kavelashvili menyatakan bahawa beliau percaya akan wujud lebih banyak peluang kerjasama buat kedua-dua negara sekaligus mempererat hubungan persahabatan rakyat Georgia-China.

Video

Berita Berkaitan