Mengejar Impian di Penara: Pelajar Golog Duduki Peperiksaan Masuk Universiti

Gunung berpuncak salji berdiri sebagai saksi, padang rumput setia menemani di sisi. Pada 7 Jun, bermulalah peperiksaan masuk universiti kebangsaan China, yang juga dikenali sebagai “Gaokao”. Di kawasan autonomi Golog, yang letaknya di penara provinsi Qinghai pada ketinggian purata lebih 4,000 meter, seramai 1,006 calon menyahut ujian paling penting dalam hidup di pusat peperiksaan Sekolah Menengah Atas Etnik Golog.

Antaranya, 137 pelajar tahun ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Etnik Golog Xining menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer untuk menduduki peperiksaan ini.

Sebelum konvoi berangkat membawa calon, guru bertepuk ria dan memberikan kata-kata galakan, ibu bapa pula mengiring langkah demi langkah. Dalam setiap ucapan “Selamat berjaya!” terkandung segala harapan dan mogaan baik.

Video

Berita Berkaitan