Cengong, Guizhou: Sawah Menghijau, Damai Mata Memandang

Cengong, Guizhou: Sawah Menghijau, Damai Mata Memandang
Foto menunjukkan sawah padi di kaunti Cengong di provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Cengong, satu-satunya kaunti pengeluar benih padi peringkat negara di provinsi Guizhou. Sekarang ini fasa kritikal dalam pengurusan anak benih padi, dan di sawah, dron bergilir-gilir menjaga tanaman. Nampaknya tiada sudut yang tidak sibuk dengan aktiviti pertanian.

Di kampung Mozhai yang terletak di pekan Siyang, penduduk tempatan berasa yakin akan tuaian tahun ini.

Pada tahun lepas, hasil tuaian mencecah 175 kilogram per mu (sekitar 0.0667 hektar), dengan output keseluruhan sebanyak 19,000 kilogram. Kini, anak benih tumbuh sihat, dan dengan penggunaan penuh pengurusan bermesin, kecekapan pengurusan turut meningkat. Nilai output tahun ini dijangka mencatat paras tertinggi.

Dimaklumkan, kaunti Cengong telah lebih setengah abad mengusahakan benih padi. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan telah menjadikan pengeluaran benih padi industri utama kaunti tersebut. Sebuah sistem rantaian yang lengkap telah dibentuk, meliputi penanaman anak benih, pengurusan digital, pengeringan dan pemprosesan.

Setakat 2025, kawasan pengeluaran di Cengong dianggarkan stabil pada keluasan 42,300 mu (2,820 hektar), menjana 260 juta yuan atau lebih 60% hasil seluruh provinsi. Ini memenuhi keperluan 9.34 juta mu (622,666.67 hektar) sawah padi tempatan, membantu menambah pendapatan lebih 18,000 petani.

Foto menunjukkan sawah padi di kaunti Cengong di provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Foto menunjukkan sawah padi di kaunti Cengong di provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Kerajaan kaunti Cengong membina sistem rantaian yang lengkap telah dibentuk, meliputi penanaman anak benih, pengurusan digital, pengeringan dan pemprosesan. (People's Daily Online/Yang Qian)

Video