- Lain-lain
Liga Super Kampung, Penyemarak Muhibah
Pada malam 13 Jun, ketika Piala Dunia FIFA 2026 memasuki hari perlawanan kedua, padang bola sepak Liga Super Kampung di kaunti Rongjiang, provinsi Guizhou, riuh-rendah dengan sorakan semangat. Di padang, sebuah “Pasukan Impian” yang terdiri daripada diplomat dan pegawai dari sembilan negara Afrika bertemu dengan Chengdu Dongjiao FC dari provinsi Sichuan dalam satu perlawanan persahabatan.
Acara tersebut anjuran bersama Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing (CPAFFC), Persatuan Rakyat Provinsi Guizhou untuk Persahabatan dengan Negara Asing, dan Biro Sukan Provinsi Guizhou, sebagai sebahagian sambutan sempena Tahun Interaksi Rakyat China-Afrika.
Di tengah-tengah keghairahan sedunia terhadap Piala Dunia, utusan dari Afrika turut menzahirkan rasa cinta mereka akan sukan ini. Melalui bola sepak, mereka menyuburkan ikatan dengan rakan sejawat dari China, meraikan jalinan persahabatan antara China dan Afrika. Gempita di padang, tepuk ria dan dakapan mesra selepas wisel berbunyi, menyemarakkan kemesraan dan daya tenaga pada malam musim panas ini.
- China Tewaskan Thailand, Rebut Tempat Pertama Kumpulan A Piala Asia Wanita U20
- Hangzhou Jadi Venue Pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA
- Bola Sepak Ubah Nasib Gadis Luar Bandar di Chongqing
- Penaja China Dialu-alu Euro 2024
- Dianggap Wira, Peminat Bola Sepak China Banjiri Warung Hassan Sunny
- Senario Bola Sepak Kashgar Beri Sinar Buat Pasukan Kebangsaan China
- Perlawanan Bola Sepak Kukuh Persahabatan China, Vietnam
- Pele Meninggal Dunia
- Piala Dunia Qatar 2022 Buka Tirai
- Piala Dunia Qatar 2022 Dirasmikan Semalam




