Pucuk Pimpinan PKC Bincang Strategi Hadapi Banjir dan Kemarau

(CRI)Rabu 01 Julai 2026

Mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada Selasa bagi menganalisis dan mengatur langkah-langkah yang perlu bagi menghadapi banjir dan kemarau.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat tersebut menekankan bahawa keselamatan rakyat merupakan keutamaan.

Selain itu mesyuarat turut menuntut supaya ketepatan ramalan dan pemantauan perlu dipertingkatkan selain operasi pemindahan mangsa yang terjejas perlu dilakukan segera pada masa yang sesuai bagi mengelakkan sebarang risiko.

Mesyuarat juga menyatakan bahawa sebarang insiden melibatkan kematian dan kecederaan perlu dicegah dan dielakkan.

Langkah-langkah lain yang turut menjadi perhatian termasuk memastikan persiapan dari segi tenaga kerja, peralatan dan bekalan bahan dilaksanakan dengan baik, selain mempertingkat penyelarasan perancangan dan pencegahan serta keupayaan menyelamat dalam situasi ekstrem.

Mesyuarat juga menuntut kerajaan di pelbagai peringkat untuk melaksanakan keputusan dan perancangan pucuk pimpinan PKC berkenaan, dan melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi banjir dan kemarau dengan ketat.

Video

Berita Berkaitan