Profesor Baktikan Diri di Kampung, Luar Bandar Beijing

Sudah dua tahun Li Quansheng, setiausaha pertama kampung Dongshaoqu di Beijing, berada di kampung yang aman damai di daerah Miyun ini. Dihantar oleh Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), penduduk kampung memanggilnya dengan gelaran mesra “Cikgu Li”. Sekejap sahaja, dia sudah pun dianggap orang situ.

Di merata China, ramai yang membaktikan diri dengan cari yang sama. Dikenali sebagai “setiausaha pertama”, mereka ini kader berdedikasi yang dihantar oleh jabatan kerajaan, universiti dan syarikat milik negara ke kampung-kampung di luar bandar. Misi mereka adalah untuk membantu membangunkan industri tempatan dan menambah baik kehidupan penduduk.

“Saya dilahirkan di kawasan luar bandar,” kata Li. “Hasrat terbesar saya ialah hendak menolong penduduk sekampung mencari kehidupan yang lebih baik.”

Video

Berita Berkaitan