Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Colombia

(CRI)Khamis 02 Julai 2026

Presiden China, Xi Jinping pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Abelardo de la Espriella atas pemilihannya sebagai Presiden Colombia yang baharu.

Dalam ucapannya itu Xi berkata, China dan Colombia merupakan rakan strategik yang telah mengekalkan hubungan baik sejak menjalinkan hubungan diplomatik 46 tahun yang lalu, meskipun berdepan pelbagai perubahan landskap antarabangsa.

Beliau berkata hubungan politik antara kedua-dua negara terus diperkukuh, hubungan rakyat semakin erat manakala kerjasama berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus mencapai kemajuan.

Xi berkata, beliau amat mementingkan hubungan dengan Colombia, bersedia bersama dengan Presiden De La Espriella memperdalam lagi pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Ujarnya usaha tersebut akan membawa hubungan perkongsian strategik China-Colombia ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.

Pada hari yang sama, Naib Presiden China, Han Zheng turut mengucapkan tahniah kepada Jose Manuel Restrepo Abondano yang dipilih sebagai Naib Presiden Colombia.

Video

Berita Berkaitan