Runtuhan Glasier Punca Tanah Runtuh di Pintu Sempadan Xizang China - Pakar

(CRI)Jumaat 28 Ogos 2026

Runtuhan glasier dari tempat lebih tinggi di hulu Sungai Chhochen Khola, Nepal adalah punca bencana tanah runtuh berlumpur yang melanda pintu sempadan Gyirong di Wilayah Autonomi Xizang, China pada Rabu, menurut pakar dari Kementerian Sumber Alam China, Guo Zhaocheng.

Beliau berkata, menurut catatan pemantauan, runtuhan glasier tersebut bergerak kira-kira 20 kilometer dalam masa tujuh minit sebelum sampai ke pintu sempadan Gyirong.

Susulan kejadian itu, Kementerian Sumber Alam China telah menggunakan pelbagai teknologi antaranya teknologi penderiaan jarak jauh satelit untuk menganalisis keadaan bencana, mengesan risiko dan memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Video

Berita Berkaitan