Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?

Dalam Episod 8 “Mission Unlock”, Mina tiba di sebuah bandar masa depan selepas selesai mengumpulkan kesemua tujuh kunci pembangunan, namun mendapati gunung, laut dan landskap bandar telah pudar menjadi kelabu.

Nekad hendak mengembalikan warna, dia menyelam jauh ke laut dalam dengan pengimbas pemulih ekologi, berbekalkan keyakinan bahawa teknologi canggih dapat menghidupkan kembali ekosistem marin apabila disentuh butangnya. Namun selepas berjumpa dengan ahli pemulihara tempatan dan mendengar kisah pekerja barisan hadapan yang bertahun-tahun meronda, meninjau dan menjalankan pemuliharaan, Mina mulai faham bahawa proses pemuliharaan ekologi tidak semudah memetik jari sahaja.

Memang benar teknologi mampu membuat usaha tersebut lebih tepat dan berkesan, namun ia tidak dapat menggantikan kesabaran, tanggungjawab dan komitmen jangka panjang manusia. Di hujung episod ini, terdedahlah kebenaran: mesej yang dikirim dari tahun 2030 yang memandu perjalanan Mina setakat ini dihantar oleh dirinya pada masa depan.

Garis panduan Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) menyeru komitmen yang tidak goyah untuk menjunjung prinsip bahawa air jernih dan gunung hijau aset yang sangat berharga, lalu memanifestasikan prinsip itu dalam bentuk tindakan konkrit. Dibimbing oleh matlamat puncak karbon dan neutraliti karbon, pelan tersebut menggalakkan usaha padu untuk mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran, mengejar pembangunan hijau dan menjana pertumbuhan ekonomi, sambil mempertahankan benteng keselamatan ekologi serta memperkasakan daya penggerak pembangunan hijau.

Mission Unlock | Ep 1: Terlalu Bergantung pada Perkilangan? Kilang Lama Ini Ada Cerita Berbeza

Mission Unlock | Ep 2: Mengapa Pesanan Tergendala Saat Akhir?

Mission Unlock | Ep 3: Bagaimana Perjalanan Harian Dapat Mengubah Hidup

Mission Unlock | Ep 4: Mengapa Nenek Sorok Butang Panggilan?

Mission Unlock | Ep 5: Mengapa Pencipta dari HK Bawa Prototaip ke Qianhai?

Mission Unlock | Ep 6: Bagaimana Mural Keluar dari Gua?

Mission Unlock | Ep 7: Masa Depan Pertanian dalam Sebiji Pear

Video

Berita Berkaitan