- Lain-lain
Operasi SAR Dijalankan di Pintu Sempadan Gyirong Susulan Berlakunya Tanah Runtuh

Pihak berkuasa China telah mengambil tindak balas kecemasan peringkat dua di sekitar pintu sempadan Gyirong yang bersebelahan dengan Nepal yang baru dilanda tanah runtuh pada Rabu. Pasukan tentera, Pasukan Pergerakan Am (PGA), jabatan pemeriksaan sempadan dan pasukan bomba telah mengerahkan kakitangan masing-masing ke tapak kejadian berkenaan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara teratur.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Khamis.

Dimaklumkan, tanah runtuh yang berlaku di sebelah Nepal pada Rabu juga mengakibatkan korban jiwa, kecederaan dan kehilangan ramai di pintu sempadan Gyirong di andar Shigatse wilayah Xizang, China.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, terdapat 260 warga asing yang dilaporkan hilang di kawasan bencana.

Baik penduduk tempatan mahupun warga asing diberi layanan sama rata dalam operasi SAR yang dikendalikan China, yang konsisten dalam melakukan penghubungan dengan kedutaan negara berkaitan serta berkongsi perkembangan situasi terkini.

Sementara itu, China juga mengekalkan komunikasi rapat dengan pihak Nepal, menyelaraskan kerjasama untuk memastikan operasi SAR berjalan dengan lancar, serta bersedia memberi bantuan kecemasan mengikut keperluan pihak Nepal.

Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Runtuhan Sekolah Indonesia: Operasi SAR Berakhir, 67 Disahkan Maut
- Tanah Runtuh Sichuan: Tempat Permainan di Kawasan Penempatan Sementara Ukir Senyuman Pada Wajah Kanak-kanak
- Xi Beri Arahan tentang Bencana Tanah Runtuh di Sichuan
- Enam Maut Bencana Tanah Runtuh di Mexico
- 130 Maut Insiden Rempuhan di India
- Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Jalan Runtuh di Guangdong
- Dua Pelancong Asing Maut dalam Tanah Runtuh di Indonesia
- 2 Maut Tanah Runtuh di Indonesia
- Tanah Runtuh Filipina: Angka Korban Meningkat kepada 90
- Xi Mahu Operasi Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Tanah Runtuh