Xi Ucap Tahniah sempena Hari Menuai Kaum Tani China Ke-9

(CRI)Selasa 22 September 2026

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan salam dan mengucap tahniah kepada kaum tani dan semua pekerja yang bertugas dalam bidang pertanian, urusan petani dan desa.

Beliau menyatakan bahawa China menyaksikan rekod baharu dalam hasil tuaian bijirin musim panas di peringkat kebangsaan tahun ini, dan tuaian padi awal yang stabil serta tuaian bijirin musim gugur yang dijangka melimpah.

Xi menekankan peri pentingnya untuk melaksanakan keputusan dan rancangan pucuk pimpinan, memajukan pembangunan kawasan luar bandar secara menyeluruh, mengukuhkan keberkesanan dalam pelaksanaan polisi demi manfaat kaum tani, meningkatkan kapasiti dan kualiti pengeluaran pertanian, menambah saluran untuk membantu petani menjana pendapatan, mempergiatkan pembinaan kampung yang selesa dan berdaya huni serta melakukan gerak kerja mengikut keadaan tempatan, dan berusaha menjadikan kehidupan kaum tani lebih bahagia dan penuh sinar harapan.

Video

Berita Berkaitan