Mission Unlock | Ep 7: Masa Depan Pertanian dalam Sebiji Pear

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 Ogos 2026

Dalam Episod 7 “Mission Unlock”, Mina mengunjungi kaunti Dangshan di provinsi Anhui, timur China, untuk meninjau transformasi pertanian moden melalui industri pear tempatan.

Di sana, dia bertemu dengan Lin Yuan, usahawan muda yang pulang ke kampung halaman untuk memodenkan pertanian tradisional dengan teknologi pintar. Malangnya, petani tempatan berasa ragu-ragu bahkan menentang usahanya itu, menampakkan betapa perlunya pembinaan kepercayaan dalam transformasi pertanian.

Daripada siasatannya, Mina menyedari bahawa setiap buah pear Dangshan menyimpan makna yang jauh lebih besar daripada hanya suatu produk pertanian. Di sebaliknya wujud sebuah ekosistem yang menyepadukan inovasi benih, alat pertanian pintar, kawal selia digital dan pengagihan pasaran moden.

Asas pertanian moden bukanlah pada teknologi atau daya produktif kualiti baharu itu sendiri, tetapi sama ada daya produktif baharu tersebut serta mod pengeluaran yang berkenaan boleh benar-benar membentuk semula sistem pertanian, mendapat kepercayaan petani dan menjana daya saing yang berterusan.

Garis panduan Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) menyatakan China akan mengutamakan pembangunan pertanian dan desa, memperkukuh mekanisme jangka panjang berkaitan kemajuan komprehensif kawasan desa, selain memacu perkembangan pertanian moden.

Mission Unlock | Ep 1: Terlalu Bergantung pada Perkilangan? Kilang Lama Ini Ada Cerita Berbeza

Mission Unlock | Ep 2: Mengapa Pesanan Tergendala Saat Akhir?

Mission Unlock | Ep 3: Bagaimana Perjalanan Harian Dapat Mengubah Hidup

Mission Unlock | Ep 4: Mengapa Nenek Sorok Butang Panggilan?

Mission Unlock | Ep 5: Mengapa Pencipta dari HK Bawa Prototaip ke Qianhai?

Mission Unlock | Ep 6: Bagaimana Mural Keluar dari Gua?

Video

Berita Berkaitan